Monday, October 25, 2010

Homemade Scrub Dan Tips Menggunakannya


Ok, Haritu aku ada tweet pasal hommade scrub dan ada beberapa orang yang nak tahu apa bahan2 scrub iteww. Actually korang tak boleh SCRUB MUKA YANG BERJERAWAT KERENA DIKHUATIRI AKAN MEREBAKKAN JERAWAT TERSEBUT.

Tapi jangan risau,Ini adalah Scrub yang "Halus" sesuai untuk kulit licin ataupun berjerawat sebab fungsinya untuk membersihkan,licinkan dan melembapkan kulit.

So,Bahan2 yang perlu korang ada ialah :

  1. Semangkuk Kecil gula yang ditumbuk gunakan lesung. Jangan blender gula ni dalam pengisar sebab nanti halus sangat (Pastikan lesung batu anda bersih dari bau cili ataupun sisa cili )
  2. Madu Lebah 3 sudu besar
  3. Jojoba Oil (Baik untuk jerawat dan membasmi pori2 tersumbat,Kalau takde skip)
  4. serbuk Teh atau Uncang Teh (Green tea lebih bagus)
  5. 2 Sudu teh oat
  6. Olive Oil atau Almond Oil atau Sunflower Oil (pastikan Minyak ni lebih banyak dari gula)
  7. Botol Kedap Udara

Ok, Kat atas ni bahan2 tadi, kalau semua dah ready ikut step kat bawha ni pulak.

  1. Masukkan gula ke dalam mangkuk yang lebih besar
  2. Kemudian masukkan Olive Oil atau Sunflower Oil Atau Almond Oil (kalau nak masukkan semua lagi bagus tapi kena pandai bahagi sukatan)
  3. Kacau sampai betul2 sebati
  4. Masukkan 5 titik jojoba Oil
  5. Masukkan madu lebah, dan kacau sampai sebati
  6. masukkan serbuk teh (kalau teh ucnang, just gunting uncang tu)
  7. Dan akhir sekali masukkan 2 sudu teh oat (jangan lebih)
  8. Kacau sehingga sebati dan masukkan ke dalam botol kedap udara tu dan siap.
Ok, Sekarang step2 sebelum kau scrub muka :

  1. Didihkan air,masukkan dalam thermos atau bekas
  2. Sediakan tuala basah
  3. Sediakan pencuci muka korang dan scrub tadi
  4. bawak semua bahan ke bilik air atau sinki yang ada cermin
  5. Basuh tangan korang dengan sabun dulu
  6. Selepas tu,basuh muka korang dengan air biasa
  7. Kemudian, tuangkan air panas ke tuala yang bersih tu (Jangan sampai HABIS)
  8. Sementara tunggu tuala tu jadik suam korang HARUS WAPKAN MUKA KORANG DENGAN WAP AIR MENDIDIH TU.
  9. Selepas wapkan muka korang, dengan sepantas yang boleh basuh muka korang dengan scrub tadi
  10. Sental dengan laju tapi perlahan pada bahagian yang berjerawat dan pori2 yang terbuka (Tapi jangan guna kuku)
  11. Lepas korang sental, bilas muka dengan air paip
  12. Lepastu,amik tuala yang dah agak suam tu, Tekapkan kat muka selama beberapa saat dan amik pencuci muka basuh muka korang dengansempurna
  13. Bilas
  14. dan wapkan kembali muka korang dan bilas lagi (Untuk mengelakkan sabun tertinggal di pori2)
Dan siap, Buat benda ni 2 kali seminggu or bergantung kepada masa lapang korang. kawan aku ramai dah buat, Alhamdullilah, banyak yang puas hati termasuklah aku!! ^_^